Holiday in Beijing Part III
Thursday, 6 December 2012, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum

Hari seterusnya ........


Macam biasa bangun pukul 6.30 mandi solat dan jawab Morning call dan papa punya call -,- Breakfast dan tunggu Celia dan Sifu omeyy datang menjemput kami semua! :D Bergerak ke 798 Art Zone. sebenarnya dia jalan je, tepi tepi tu macam muzium. Alahhhh macam grafitti lah art nya. Tapi lagi lawa woii. jauh berjalan, dan puas mengambil gambar terus patah balik naik bas. ramai yg malas turun sebab takde apa pun sebenarnya. Act tengok art art grafitti tu je. Terjumpa Ais hahaha pergilah pecahkan ais ais kat jalan raya tu. ada mamat cina tu lagi best main ice kating terus. well licin kann, terus main haha kelam. Dah naik bas punya lama tunggu pakcik dgn pakjang meng-kopi. Fuhh makcik dah cari jauh dah lepastu patah balik. Turn makjang pulak cari hahahaha lawak k lawak. ingat kena colek lah apa lah. pakcik dgn pakjang dah balik tapi ikut jalan lain. sudahhh makjang pulak hilang lepastu nasib baik ada Dr. Amir penyelamat kejar cari makjang. kesian makjang sampai semput. 

Lepastu bergerak ke tempat mengurut. Fuyoo uncle ni dari indonesia. Bisa ngomong endon ya pak hahahaha. Tempat tempat urut islam ni weh. Ada anak buah ramai ramai bawah besen berisi air panas dan satu ancuhan macam teh tu. ubat katanya. rendam lah kaki semua selama 30minit. Fuhh panas! then bawah 20 tahun tak boleh mengurut sebab urat lembut lagi. Aaaaaaaa kejam! jealous doh tengok deme semua mengurut. dah lah tukang urut handsome handsome belaka. cina muslim eh? entah lah. janji islam. mamat yg urut kakak umur 21 tahun sama dgn kakak. Ajaklah kahwin! Hahahaha, lepastu sesi check tangan konon nak tengok ada penyakit apa. cewahh boleh tau -,- lepastu promote suruh habiskan duit beli ubat diorg. Gila! belum shopping lagi! nasib baik papa taknak beli hik3

Lepastu lunch dan terus pergi The Summer Palace. Fuhh kat sini sejuk gila gila sejuk. pakai 5 lapis baju pun sejuk lagi! Yeayyy! ada snow sikit sikit! tengoklah laut tu dah jadi beku beku ais. nak je lompat kat ais tu tapi takut nanti tenggelam sebab baru nak beku beku betul. pergilah seberang laut tu guna jambatan. Pakcik dgn pakjang bajet cakap nak berenang hahaha. Lepas tangkap gambar patah balik nak naik bas sebab tak tahan sejuk sangat. dalam perjalanan nak pergi bas, ada penjual kaki lima ni jual macam macam. Fuhhh paling seram dia ikut je aku sampai nak naik bas. Menyesal tanya harga dan pergi tawar :'( papa beli topi ajaib tapi ajaibnya kena tipu hewhewhew. 

Lepastu bergerak pergi Panda House. tempat ni paling aku excited sekali haha. Celia kata panda dekat sini tak banyak sebab bamboo tak sesuai duduk situ. Hm Hm takpe lah. tengok 3 ekor panda pun dah puas. Comel jeeeeeeee tapi bontot kotor tak mandi busuk! Hahaha. Celia kata kiteorang bernasib baik sebab Panda tak tidur. panda ni buat 2 benda je. makan tidur makan tidur. Ehh sama macam aku lah XD haha. lepastu ingat nak beli panda ke apa. tapi apakkk mahal baiik beli tempat lain. tapi beh panda tu cantik :'( baru Ingat nak bawak pergi sekolah next year ;'( 

Dah nak balik tu sementara tunggu family lain lambat lagi nak sampai. malas nak masuk bus pergilah buat warm up kejap tepi tu Hahahaha macam hape je beratur panjang . lepastu tangkap gambar kat daun daun tu bagai. dan naik bas dan last untuk malam tu, Tricycle Tours in Hutong. satu beca, satu pembawa beca dan dua pembonceng. hehe aku naik dgn kakak. Ada selimut diorg sediakan .Best naik beca pusing pusing pekan kecik tu. mamat cina tu sopan sikit berbanding mamat cina yg bawak beca k.wani dgn anwar tu. kuajaq pergi pukul pukul beca kiteorg suruh cepat lah apa lah. Hahahaha tapi had fun habis! diorg ni gila sikit nak belok belok mana mana pun nak mati dah aku rasa. menakutkan! tapi menggigil sebab malam sejuk lagi lah naik beca diorg bawak laju. berangin habis. 

Berhenti tempat yang sama kiteorang start naik beca tu dan bertolak pergi dinner dan terus balik Hotel untuk berehat. Ready fr hari seterusnya. 

*Berehat bersama gambar 














 To be continue......

Assalamualaikum :)



new past